Razer Melancarkan Tiga Pembesar Suara Nommo Dengan Sokongan THX – Amanz

Pembesar suara yang baik akan melengkapi sistem komputer berkuasa tinggi di rumah. Bagi golongan gamer pembesar suara yang berkualiti akan memudahkan mereka menyelami dunia digital. Razer hari ini telah melancarkan tiga pembesar suara di bawah keluarga Nommo mereka.

 Nommo Pro ialah versi paling berprestasi tinggi dengan dua pemandu audio 3″, 2 tweeter 0.8″ dan sebuah sub-woofer. Ia turut menyokong sistem audio THX dan Dobly Virtual. Kerana ia aksesori buatan Razer, sistem lampu Chroma turut disokong. Razer Noom Pro akan dijual pada harga $500 (~RM 2000) sebuah.

Nommo Chroma ialah versi kelas pertengahan dengan hanya dua pemandu audio 3″ dan sokongan Razer Chroma. Ia turut mempunyai DAC terbina tetapi tiada sokongan THX. Pembesar suara ini dijual pada harga $150 (~RM 600). Akhir sekali ialah Nommo yang merupakan edisi paling asas dilengkapi pemandu audio 3″. Tiada sokongan Razer Chroma atau DAC pada model ini dan oleh itu ia dijual pada harga $100 (~RM 400) sepasang.

ep2p-2