oBike Mengumumkan Kerjasama Strategik Bersama Grab – Amanz

oBike, perkhidmatan perkongsian basikal popular, hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat tempahan pengangkutan popular, iaitu Grab. Melalui kerjasama ini, pihak oBike akan mengintegrasikan sokongan GrabPay sebagai pilihan pembayaran.

oBike

Dengan penggunaan GrabPay, pengguna juga turut berpeluang untuk menjana GrabRewards untuk setiap penggunaan oBike. Kerjasama ini juga dijangka akan memperlihatkan penggunaan jenama Grab pada basikal oBike.

Buat masa ini, kerjasama ini hanya di Singapura sahaja, dan tidak mustahil ia diperluaskan ke negara-negara lain dalam bulan-bulan akan datang.

ep2p-2