My Kuali: Gulai ikan tongkol

dua ekor ikan tongkol fresh yang besar2, pemberian jiran mil yang baru balik dari laut dan malam tu terus siang dan rebuskan… simpan dalam fridge. bertuah betul kak rose ni kan.. mil dah siapkan ikan tu untuk bawak balik ke shah alam… dan hari semalam kak rose buat lah gulai ikan tongkol ni untuk digandingkan dengan nasik dagang… rasanya ni baru kali krdua kot kak rose cuba masak ansik dagang ni… Alhamdulillah menepati rasa tukang makan dalam rumah ni… walaupun puas mencari rempah cap ros tu tapi tak jumpa… akhirnya guna jer rempah kari ikan… kita yang buat dia, so adjust lah mana2 yang terkurang kan…

resepi gulai ikan tongkol ni kak rose copy dari fb… yang guna kari ikan jer..

GULAI IKAN AYA NASI DAGANG 

Bahan – bahan:

1. 2 ekor ikan tongkol sederhana besar –  dipotong2
2. 4 keping asam keping
3. garam
4. sedikit air
5. sedikit gula melaka

Cara:

rebus ikan bersama bahan2 diatas.

Bahan2 untuk Kuah

1. 1 labu bawang besar*
2. 3 ulas bawang merah*
3. 4 ulas bawang putih*
4. 1 inci halia*1 inci lengkuas*
5. 1 inci kunyit hidup*
6. 10 tangkai cili kering*
7. Santan
8. garam
9. 1 keping Asam keping
10. sedikit gula melaka
11. perasa
12. cili hijau
13. 1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
14. sedikit minyak untuk menumis

Cara – Cara
1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur
2. kemudian  tumis sehingga wangi
3. selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika
4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau.
6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana,
7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili. 

ep2p-5small