My Kuali: Bubur kacang untuk Emma

 

 bubur kacang buruk siku??

 Alhamdulillah, dapat jugak kak rose sediakan bubur kacang ni untuk kawan pada ahad lepas.   Emma mengadakan majlis tahlil untuk arwah suaminya yang pergi dijemput Ilahi pada awal December lepas. pada mulanya memang cadang nak buatkan laksa johor tapi tak jadi sbb tuan rumah dah buat laksa penang dan jugak nasi dengan bermacam lauk dan jugak kuih muih.. so kak rose cuma sediakan bubur ni untuk dessertnya. jugak gorengkan keropok satu tong beso…

 kak rose buat dengan tiga kilo kacang hijau dan sedikit sagu biji… sudahnya jadi seperiok beso ni… dan lepas majlis ade sedikit berbaki, kak rose mintak lah nak tapau bawak balik sbb sebelum bawak tadi memang tak sempat nak menjamahnya… ade ker buruk siku namanya?.. ishhhh… bio ler, asalkan dapat makan kan..

bahan2 untuk bubur:

3 kilo kacang hijau
2 1/2 kilo gula putih
4 ketul gula melaka
3 senduk sagu biji
1 kotak santan (1000ml)
daun pandan
sedikit garam

 

 dengan 3 biji durian ni..

 dapat sepinggan beso isi durian… baru lah puas makan dengan bubur tu kan…

 bersepah dengan segala bahan nak masak bubur kacang tu..

ep2p-2