Model Cantik Meninggal Semasa Sedang Berkaraoke, Ternyata Ini Sebabnya

Seorang model sambilan dari Singapura meninggal dunia awal bulan ini selepas dilaporkan merana pendarahan otak ketika sedang berkaraoke bersama rakan-rakan.

Karen Stella Wong, 28, ketika sedang menyanyikan lagu bersama rakan-rakan di sebuah lounge karaoke pada 12 Disember lepas, kepalanya menjadi sakit dan separuh badannya menjadi kebas.

Wong dikejarkan ke Hospital Besar Singapura di mana beliau telah koma dan disahkan meninggal dunia 3 hari kemudian, lapor Strait Times.

Menurut media tempatan, Wong telah mengalami pendarahan pada otaknya yang juga dikenali sebagai intracerebral hemorrhage di mana ianya merupakan sebab kematiannya.

Wanita berusia 28 tahun yang bekerja sebagai perunding pemasaran dan model sambilan itu tidak mempunyai rekod perubatan yang berkaitan dengan pendarahan otak, lapor bapanya.

bagaimanapun buah pinggang dan hati beliau dikatakan telah didermakan.

ep2p-5small