Kemaskini Beta Untuk OnePlus 5 Menguji Ciri Nyah-Kunci Berasaskan Wajah – Amanz

OnePlus sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka akan membawa ciri nyah-kunci berasaskan pengecaman wajah yang terdapat pada OnePlus 5T ke telefon pintar OnePlus 5. Kini, seperti dijanjikan, mereka telah memulakan ujian ciri berkenaan pada versi beta OxygenOS.

Buat masa ini, OnePlus masih pada peringkat mengujinya. Berbeza dengan pada iPhone X, ia tidak menggunakan sensor khusus atau imbasan Iris seperti pada peranti Galaxy. Sebaliknya, ia menggunakan kamera hadapan untuk tujuan berkenaan.

Walaubagaimanapun, dengan pengenalan ciri ini pada OnePlus 5, ia secara tidak langsung membolehkan anda menguji dan menggunakan fungsi pada peranti baru pada OnePlus 5 yang telah ditawarkan sejak beberapa bulan lepas.

Bagi anda yang berminat, boleh menggunakan OxygenOS Beta pada OnePlus 5 anda hari ini.

ep2p-5small