Cekodok ikan bilis air panas

cekodok sempoi yang sedap dimakan hangat hangat… apa lagi kalau digandingkan dengan secawan nescafe o panas2 dihari yang sentiasa mendung dan hujan ni… memang tak sedar boleh habis sepiring.. tapi yang ni untuk kami berdua minum petang… resepinya …..

3 cawan tepung gandum

ikan bilis…basuh dan toskan* (kak rose suka kalau banyak ikan bilisnya)

1 biji bawang besar*

1 biji lada merah*

daun sup/daun bawang

kalau suka boleh tambah parutan carrot jugak.  

garam secukup rasa

21/2 cawan air panas melegak




Cara:

 1. Blend kering kasar bahan bertanda* dan gaulkan kesemunya dengan tepung

 2. Bulatkan lubang ditengah adunan

.3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat dan kental

 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera..

 5. Panaskan minyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..

ep2p-5small