Image result for Brighton and Hove Albion Crystal Palace VARBRIGHTON, United Kingdom: Pemain gantian Glenn Murray memastikan kemenangan 2-1 buat Brighton and Hove Albion ke atas Crystal Palace dalam pusingan ketiga Piala FA sebentar tadi di mana teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan di England.


Ini adalah kali pertama sistem VAR dicuba dalam kancah bola sepak Inggeris, tetapi tidak diperlukan untuk mengubah keputusan pengadil perlawanan di Stadium Amex, Andre Marriner.

Terdapat sedikit kekeliruan ketika gol kemenangan minit ke-87 selepas bekas penyerang Palace, Murray menolak masuk bola ke dalam gawang dengan lututnya untuk gol ketujuhnya musim ini.



Image result for Brighton and Hove Albion Crystal Palace VARPemain-pemain Palace membantah gol berkenaan selepas perlawanan kerana dikatakan terkena tangan Murray, tetapi ulang tayang mengesahkan keputusan pengadil itu.


Sebelum itu, pemain tengah Dale Stephens meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-25, tetapi penyerang Mali Bakary Sako, yang membuat penampilan keempatnya musim ini, menyamakan kedudukan di pertengahan babak kedua.

Namun Murray masuk di akhir permainan untuk membawa Brighton bertemu kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough pada pusingan keempat akhir bulan ini.


Comments

comments