Beyonce Utama Anak | SUARA TV

Berganding bahu. Itulah perkataan paling tepat bagi menggambarkan kerjasama di antara penyanyi Beyonce serta anaknya, Blue Ivy dalam menjaga dua bayi kembarnya, Rumi dan Sir.

Beyonce sentiasa mengutamakan anaknya, malah sikapnya itu hangat diperkatakan peminat sejak Blue dilahirkan enam tahun lalu.

Menurut sumber terdekat keluarga itu, Beyonce banyak menghabiskan masa dengan bayi kembarnya.

“Dia ibu yang sentiasa memberikan perhatian terhadapa anak. Walaupun sibuk dengan kerja, dia tetap meluangkan masa dengan anaknya.

“Blue pula sangat menyangi adiknya dan sentiasa memeriksa keperluan mereka. Dia anak yang ringan tulang.

“Sikap prihatin Blue banyak meringankan tugas ibunya,” kata sumber.

Beyonce mengambil keputusan berehat seketika selepas melahirkan pasangan kembar itu tujuh bulan lalu dan kini mula merangka semula kerjaya seninya.

“Dia sangat komited dengan kerja, kuat bersenam dan fokus dengan anak. Rutin hidupnya padat dengan pelbagai aktiviti,” katanya sumber itu lagi.

Tambah sumber itu, selain berlatih menari, Beyonce kini menyertai kelas SoulCycle.

“Beyonce gemar menyertai kelas senaman. Ada masanya dia membawa anak serta suaminya, Jay-Z,” katanya.

Senaman dan latihan itu penting sebagai persediaan sebelum Beyonce menjayakan persembahan di Coachella, April ini.

Sebelum ini, Beyonce dikatakan bakal muncul di Anugerah Grammy 2018 esok bagi memberikan sokongan kepada suaminya yang dicalonkan dalam empat kategori.

Kata sumber itu lagi, Beyonce sudah menyediakan beberapa gaun untuk ke acara besar itu.

Untuk rekod, Beyonce dan Jay-Z kini memiliki tiga cahaya mata selepas berkahwin pada 2008 di Paris.-Hmetro

ep2p-5small