Image result for Tan Cheng Hoe malaysiaSetelah Nelo Vingada melepaskan jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya semalam. Bakal calon pengganti menjadi teka teki peminat bola sepak Malaysia.

Akhirnya sebentar tadi Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya mengumumkan bahawa pembantu Vingada, Tan Cheng Hoe secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baru.



Cheng Hoe mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaan selain pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal semasa menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Cheng Hoe juga mempunyai rekod cemerlang bersama Kedah selepas membawa pasukan itu dari liga perdana ke liga super serta menjulang trofi Piala Malaysia musim lalu.


Comments

comments