Samsung Hadir Dengan Rekaan DRAM Paling Kecil – Berasaskan 10nm – Amanz

Samsung merupakan salah satu syarikat yang menerajui arena semikonduktor. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan rekaan cip DRAM yang paling kecil di dunia berasaskan rekaan 10nm – sekaligus terus menerajui arena berkenaan.

Samsung DRAM

Cip DRAM yang hadir berasaskan rekaan 10nm generasi kedua dengan 8-gigabit DDR4 DRAM ini bakal digunakan pada pelbagai peranti akan datang – dimana ia menawarkan prestasi yang tinggi, serta penggunaan tenaga yang efisyen untuk cip 8GB DRAM.

Samsung juga dikatakan mempercepatkan lagi pembangunan cip dan sistem generasi akan datang, termasuk DDR5, HBM3, LPDDR5 dan juga GDDR6 – yang mana akan digunakan pada peranti mudah-alih, komputer, pelayan, kad grafik dan sebagainya.

ep2p-5small