Pemuda menyamar polis, larikan gadis 16 tahun

RAUB, 28 Dis — Seorang lelaki yang menyamar anggota polis didakwa melarikan seorang gadis di Ulu Gali, Sungai Ruan dekat sini semalam.

Lelaki itu, 20-an, yang mendakwa bertugas di balai polis Sungai Ruan disyaki melarikan Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16, lapor Berita Harian.


Menurut ibu mangsa, pemuda yang dikenali Faiz itu bertemunya bagi meminta keizinan membawa pelajar itu mengambil motosikal baru yang dibelinya.

“tanpa syak wasangka saya membenarkannya dan mereka menaiki sebuah kereta berwarna perak,” kata Wan Maziah Wan Mat, 37, kepada akhbar itu.

Namun, pada jam 3 petang wanita itu dihubungi anaknya, yang teresak-esak menangis, memaklumkan dia berada di Gua Musang bersama lelaki terbabit.



“Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya diambil lelaki itu sebelum talian diputuskan,” katanya.

Wanita itu turut membuat semakan dengan rakannya, yang juga anggota polis, dan tiada individu bernama Faiz bertugas di balai polis itu.

Bimbang keselamatan anak gadisnya, Wan Maziah tanpa berlengah membuat aduan di balai polis itu. Polis Raub sedang menyiasat kes terbabit.


Comments

comments

ep2p-2