My Kuali: Sawi putih masak lemak

 bila lama tak masak nasik, maka lauk2 pun dah lama jugak lah tak masak kan… sayur sawi putih ni pun dah beberapa hari bertapa dalam fridge, so meh la kita masak lemak yang sedap ni… selalu kak rose suka goreng jer kalau masak apa2 sayur pun… kali ni kak rose masak lemak pulak, walaupun hanya gunakan santan kotak… ianya tetap sedap digandingkan dengan sambal sadin dan jugak sambal hitam yang kak rose beli dari kawan di Kuantan… makan dengan nasik panas2… fuh!

cara simple kak rose masak sayur ni.. semuanya agak2 jer,asalkan sedap ditekak sendiri tu ok la kan…

bahan2:-
sawi putih, basuh dan potong2kan (asingkan batang n daun)
sedikit carrot, potong serong
udang kering – ditumbuk sedikit)
bawang merah
santan cair dan pekat
sedikit garam dan gula

Cara:
 masukkan bawang merah dan udang kering dalam periuk berisi santan cair
masukkan carrot dan batang sawi, masak hingga lembut
bila dah lembut, masukkan daun sawi
masukkan santan pekat (kena kacau sentiasa agar tak pecah santan)
peraskan garamn gulanya
dah siap..

ep2p-5small