My Kuali: Laksa johor untuk Emma

 Buat laksa johor untuk majlis tahlil dirumah kawan pada minggu lepas… dua hari berturut2 kak rose  memasak untuk kawan in this trying time… memasak dirumah kak rose dan petang nya bawa ke subang untuk sama2 bertahlil dirumahnya.. semuga Emma sabar dan tabah dengan pemergian suami tercinta. Inalilahiwainailaihirojiun dan Al-Fatihah…. untuk tahlil hari kedua, kak rose masak nasi dengan lauk2 untuk seratus orang dan dibantu oleh dua orang kawan yang sama2 volunteer dari segi kewangan, tenaga dan masa… terima kasih Ezam dan ibu Pah yang sanggup datang dari jauh.

 laksa johor untuk hari ke tiga tahlil, walaupun renyah menyediakannya tapi tukang masak akan sangat berpuas hati bila masakannya habis dan disukai ramai… malahan hingga tak cukup pulak!

spaghetti yang almost done… masih berposing dalam periuk.

kuah untuk laksa johor yang pekat lemak kaw kaw!

dan juga seperiuk besar bubur kacang…

ep2p-2