My Kuali: Crispy waffles

 pertama kali mencuba membuat crispy waffle ni… bila tak de acuan ni bukan main lagi rasa nak membuat tu sangatlah tinggi… tapi bila dah dapat, terbiar jer menda tu dalam kotak… seru kerajinan untuk datang nak membuatnya. dan ini lah dia cubaan kali pertama… sememeh sana sini dan tak se crispy macam tuan punya resepi tu… dimana silapnya pun tak tahu… over beat ker, kurang cecair ke sebab nampak pekat bancuhan batter tu… ke agaknya terlebih tepung… ishhh!!!! nak kena try banyak kali kot… tapi ade ke kerajinan tu nanti… resepi kak rose amik dari blog Secubit Garam. mekasih ya Nor… teruja tengok tayangan amal kat blog Nor tu… resepi asal kat sini.

CRISPY WAFFLES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.

ep2p-5small