Kem Kedah Bolot Trofi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mendominasi trofi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 (ABK17) yang berlangsung Jumaat malam.

Kejayaan Kedah merangkul dua trofi musim ini, Piala FA dan Piala Sumbangsih serta finalis Piala Malaysia menjadikan mereka dicalonkan dalam pelbagai kategori utama ABK17.

Buat julung kalinya, pemain tengah Skuad Lang Merah itu, Baddrol Bakhtiar dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai sejak anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2006.


Anak jati Kedah berusia 29 tahun itu turut meraih Anugerah Pemain Tengah Terbaik sekaligus mengetepikan pesaing utama dalam kategoti ini, Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan rakan sepasukannya, Syazwan Zainon.

Malah Baddrol yang hadir ditemani isterinya, Nur Izyan Mustafa turut menerima trofi ketiganya sebagai Penjaring Terbanyak Liga Super (Pemain Tempatan).

Kejayaan Baddrol itu turut diikuti rakan sepasukannya, Ifwat Akmal Chek Kassim yang dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Bukan itu sahaja, Kedah turut menguasai kategori Pemain Import Terbaik apabila Liridon Krasniqi dipilih menjulang trofi ini.

Liridon atau lebih mesra dikenali ‘Mat Don’ turut menerima Anugerah Pemain Paling Popular.

Dan Kedah juga turut menggondol Anugerah Penyokong Terbaik musim ini.



Image may contain: 4 people, people smiling, people standingBagi kategori Penyerang Terbaik, pemain PKNP FC, Shahrel Fikri Fauzi dipilih menerima trofi yang menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak tempatan.

Sementara itu, Matthew Davies (Pahang) dinobatkan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik.

Bekas pengendali kebangsaan, B.Sathianathan yang kini membimbing pasukan Felda United dinobatkan sebagai Jurulath Terbaik 2017.

Bagi kategori Pemain Muda Harapan, Adam Nor Azlin (Selangor) yang kini bersama skuad Bawah bawah 23 Tahun dipilih menerima trofi tersebut, sekaligus mengetepikan dua lagi finalis Ifwat Chek Kassim (Kedah) serta Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang).

Tidak ketinggalan Augerah Pemain Wanita Terbaik diungguli Siti Rohani Saptu dari Sarawak.

Senarai penuh pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017:

Pemain Paling Bernilai : Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penjaga Gol Terbaik : Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)

Pemain Tengah Terbaik : Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Pemain Import Terbaik: Liridon Krasniqi (Kedah)

Pertahanan Terbaik: Matthew Davies (Pahang)

Penyerang Terbaik: Shahrel Fikri Fauzi (PKNP FC)

Jurulatih Terbaik: B. Sathianathan (Felda United)

Pemain Wanita Terbaik : Siti Rohani Saptu (Sarawak)

Pemain Muda Harapan: Adam Nor Azlin (Selangor)

Penyokong Terbaik: Kedah

Pasukan Terbaik: Kedah

Penjaring Terbanyak Liga Super (Import) : Mohamad Ghaddar (JDT)

Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan): Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penjaring Terbanyak 100Plus Liga Premier (Import): Guilherme de Paula (KL)

Penjaring Terbanyak 100Plus Liga Premier (Tempatan): Ab Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

Anugerah Pemain Paling Popular : Liridon Krasniqi (Kedah)

Anugerah RTM Pemain Paling Mesra : N. Thanabalan

Anugerah Fair Play : T-Team FC

Anugerah Komuniti: Sunny Shalesh (Pan-Disability Football Malaysia)

Anugerah Laman Web Terbaik: Selangor

Anugerah Media Sosial Terbaik: Kedah

Anugerah Selamat Datang : UKM FC dan Felcra FC


Comments

comments

ep2p-5small