Isteri Terkejut Gambar Bilik Tidur Sendiri Dalam Instagram Wanita Lain

SEORANG wanita Rusia bertindak meninggalkan suaminya selepas menyedari pemandangan dari tingkap bilik tidurnya sama dengan gambar yang dimuat naik di akaun Instagram wanita lain.

Yulia Agranovych, bekas model yang menjadi ahli pergigian kanak-kanak dari St. Petersburg sedang melayari gambar-gambar di Instagramnya pada suatu pagi.

Dia kemudian terlihat satu gambar pemandangan yang amat biasa dilihatnya, tetapi dimuat naik oleh Vlada Abramovich.



Yulia Agranovych. -fotoInstagram

Pemandangan itu sama dengan pemandangan dari tingkap bilik tidurnya yang biasa dinikmati setiap hari, jadi dia terus memeriksa gambar-gambar lain dari akaun yang sama sebelum menemui beberapa gambar suaminya, Nazar Grynko.

Agranovych memutuskan untuk bersemuka dengan suaminya berhubung foto-foto itu.

“Saya tak cari apa-apa, ia adalah pagi yang biasa,” kata Agranovych kepada rangkaian berita Rusia Ren-TV.

“Seperti orang lain yang hidup di abad ke-21, saya memulakan hari saya dengan melihat gambar-gambar di Instagram dan tiba-tiba saya melihat gambar tersebut.

“Ternyata saya dan pemilik akaun itu mempunyai sejumlah besar pengikut yang sama. Setelah melawat akaunnya, saya temui banyak lagi gambar menarik, termasuk suami saya.”

Selepas meninggalkan komen ‘pemandangan indah dari bilik tidur suami saya’ pada gambar tersebut, Agranovych memutuskan untuk bersemuka dengan suaminya, tetapi lelaki itu menafikan melakukan hubungan seks, sebaliknya mendakwa dia hanya menjemput rakan-rakannya ke apartmen mereka untuk minum ketika dia tiada di rumah dan Abramovich yang didakwanya adalah teman wanita kepada seorang kawannya telah mengambil gambar pada majlis itu.

Penjelasan itu nampak agak mencurigakan kepada Agranovych kerana berpandangan jika tetamu datang, mereka akan menuju ke dapur untuk minum teh, bukan ke bilik tidur.”

Ternyata sangkaannya betul.



Vlada Abramovich (foto kanan). -fotoInstagram

Abramovich kemudiannya menukar mod akaun Instagramnya kepada ‘peribadi’, tetapi kemudian beralih ke platform media sosial lain untuk berbincang tentang perkara itu.

Apabila ditanya sama ada dia bermasalah untuk tidur dengan lelaki yang sudah berkahwin, Abramovich tanpa rasa bersalah menjawab: “Dia isterinya, bukan saya, apa masalahnya? Jangan buat saya ketawa.”

Abramovich menganggap tindakan Agranovych seperti hidup pada abad ke-18 dan berkata ‘jika saya mahu melakukan hubungan seks, saya akan memperolehinya.”

Setelah diselidik, Agranovych mendapati ramai lagi wanita yang tertipu dengan suaminya.

“Gadis-gadis lain jauh lebih menyenangkan, bahkan ada yang menangis di telefon mengatakan dia tidak tahu Nazar telah berkahwin. Jadi dia berjaya dengan ayat-ayat manisnya,” kata Agranovych. – mStar


Comments

comments

ep2p-2