‘Gerak lu, pape roger’ buat lelaki AS ini tular ke seluruh dunia

RAKYAT Malaysia sememangnya dikenali cukup kreatif dalam mencipta pelbagai frasa dengan elemen humor yang tersendiri.

Antara frasa yang popular dan kerap digunakan, khususnya oleh anak-anak muda, adalah ‘gerak lu pape roger’ yang boleh diterjemahkan sebagai ‘saya pergi dulu, kalau ada apa-apa boleh hubungi’.


Kerana frasa itu, nama seorang lelaki dari Amerika Syarikat, Danny Medina, tular di seluruh dunia.

Danny pada mulanya memuat naik satu status menyapa peminat David Archuleta di Malaysia, iaitu pengguna Twitter dengan nama Lutfi Azmi, pada 8 Disember lalu.

Netizen dari Malaysia kemudiannya melihat ia satu peluang untuk mengajar satu dua perkara kepada Danny mengenai negara ini.

Antaranya adalah penggunaan frasa-frasa yang mencuit hati.

Danny kemudiannya memuat naik satu video yang memaparkan dia menggunakan frasa ‘gerak lu, pape roger’ dengan rakan-rakannya.


Selepas beberapa hari, video itu telah menerima lebih 39,000 retweet dan lebih 18,000 likes.

Bukan itu sahaja, Danny juga menggunakan terma ‘merecik’ sebagai ganti frasa it’s lit dalam bahasa Inggeris.

Lebih menarik, Danny telah menukar nama akaun Twitternya kepada Danny Malaysia.

Dalam beberapa status yang dimuat naik Danny selepas itu, dia berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mempopularkannya di laman sosial, malah turut membuat perancangan untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat.


Comments

comments

ep2p-2