Image result for nikopol ukraine bomb courtNIKOPOL: Seorang bapa meletupkan diri pada perbicaraan kes bunuh anaknya di Ukraine pada Khamis.

Insiden yang berlaku di sebuah mahkamah di bandar Nikopol itu meragut dua nyawa termasuk salah seorang defendan yang dituduh membunuh anak lelaki tersebut.

Sembilan yang cedera terdiri daripada tiga defendan lain, pegawai konvoi, petugas mahkamah dan orang awam.

Kesemua mereka dikejarkan ke hospital dan dilapor berada dalam keadaan stabil.


Image result for nikopol ukraine bomb courtDalam kejadian itu, lelaki tersebut masuk ke dalam dewan ketika perbicaraan berlangsung dan menarik pin pada dua bom tangan lalu meletupkannya.

Anak kepada lelaki tersebut serta rakannya didakwa ditembak oleh defendan menggunakan senjata automatik pada 2016.

Polis wilayah Dnipropetrovsk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden dan berkata kejadian sedang disiasat.

 

Comments

comments