ASUS Malaysia Bakal Membawa Masuk Kad Grafik Cerberus GTX 1070 Ti Untuk Pasaran Tempatan – Amanz

ASUS Malaysia bakal membawa masuk kad grafik ASUS Cerberus GTX 1070 Ti, yang hadir dengan beberapa teknologi menarik yang membuatkan kad grafik ini cukup sesuai untuk dipadankan dengan permainan-permainan komputer yang terbaru hari ini.

Ini termasuklah penggunaan dua kipas 0db bersaiz 100mm yang hanya akan berpusing apabila GPU dikesan mengeluarkan haba pada tahap suhu yang ditetapkan (55C) yang juga disahkan kalis debu IP5X. dan juga plat belakang yang diperbuat daripada besi untuk memastikan bahawa kad tersebut tidak membengkok.

Kad grafik ini hadir dengan kelajuan asas 1607MHz pada tetapan Gaming Mode, sehinggalah kelajuan Boost Clock 1760 melalui Overclock Mode dan juga memori GDDR5 sebanyak 8GB. Dari segi sambungan kuasa, kad grafik ini hanya menggunakan satu palam kuasa PCIe lapan pin, manakala pada sambungan I/O pula, kad grafik ini mempunyai dua bicu DisplayPort, dua bicu HDMI dan satu bicu DVI-D.

Pihak ASUS Malaysia berkata bahawa kad grafik ini akan hadir di kedai-kedai komputer tempatan dalam masa dua minggu, dimana harga kad grafik ini turut akan diumumkan. Jika anda mahukan sebuah kad grafik yang boleh menggerakkan permainan-permainan komputer pada resolusi 1440p, ini salah sebuah kad grafik yang boleh

ep2p-5small