10 pemain ternama bakal berhijrah

Jendela perpindahan Januari bakal dibuka dalam beberapa hari lagi tetapi perbincangan manakah yang bakal dimeterai?

Selepas melepasi separuh daripada saingan bola sepak bagi musim 2017-18, rata-rata pasukan akan berusaha untuk mempertingkatkan mutu skuad bagi menghadapi baki saingan dan bagi pemain-pemain pula, kekurangan masa beraksi memaksa mereka berhijrah bersama kelab lain.

Luke Shaw (Manchester United) – Tottenham, Southampton, Watford, Leicester

Pengendali United, Jose Mourinho telah memberikan lampu hijau kepada pemain-pemain yang mahu meninggalkan kelab bagi mendapatkan waktu bermain. Bagi Shaw, dengan tanda nilai sebagai salah seorang pemain muda termahal ketika meninggalkan Southampton, dia perlu membuktikan kebolehannya bagi mendapatkan tempat dalam skuad England ke Piala Dunia nanti.


David Luiz (Chelsea) – Barcelona, Juventus, PSG, Real Madrid

Pertahanan kelahiran Brazil itu telah lama disisihkan oleh Antonio Conte apabila kedua-dua mereka berbalah sebelum ini. Menerusi laporan thesun.co.uk, Luiz menjalani latihan seorang diri di Cobham bagi memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap terbaik.

Philippe Coutinho (Liverpool) – Barcelona

Perbualan mengenai masa depan Coutinho bermula sejak tamat musim lalu, dengan Barcelona masih lagi berminat mendapatkan khidmat pemain itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Neymar.

Thomas Lemar (Monaco) – Liverpool, Chelsea, Barcelona, Arsenal

Tergolong dalam skuad emas Monaco ketika menjuarai Ligue 1 musim lalu, Lemar bakal mengikut jejak langkah beberapa tonggak utama kelab untuk menyertai kelab gergasi Eropah.

Ross Barkley (Everton) – Chelsea, Tottenham, Arsenal

Sasaran utama buat beberapa kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) serta keengganan untuk menandatangani kontrak baru, Barkley disisihkan daripada skuad utama dan dilihat berkemungkinan besar bakal meninggalkan Goodison Park.


Virgil Van Dijk (Southampton) – Liverpool, Manchester City

Selepas gagal memeterai kontrak sebelum musim 2017-18 bermula, Southampton meningkatkan lagi nilai pertahanan Belanda itu kepada GBP70 juta (RM382 juta) untuk kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Alexis Sanchez (Arsenal) – PSG, Man City, Bayern Munich, Real Madrid

Sanchez, yang dijangka menyertai Manchester City sebelum permulaan musim ini, akan sekali lagi mencari ruang untuk meninggalkan The Gunners dalam usaha untuk merangkul gelaran dalam saingan domestik mahupun Eropah.

Antoine Griezmann (Atletico Madrid) – Barcelona, Manchester United

Griezmann telah pun menandatangani kontrak bersama Atletico hingga 2022 dengan klausa perpindahan bernilai EURO100 juta (RM484 juta). Bagaimanapun, Atletico yang telah tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) membuka peluang kepada Barcelona atau United untuk mendapatkan khidmatnya.

Mesut Ozil (Arsenal) – Inter Milan, Man United, Barcelona, Bayern Munich

Selain Sanchez, Ozil merupakan antara pemain utama The Gunners yang turut berhasrat untuk bertukar angina. Dengan cabaran Arsenal untuk mengejar kedudukan empat terbaik semakin tergugat, pemain kebangsaan Jerman ini dijangka meninggalkan Stadium Emirates.

Sumber: www.dailystar.co.uk


Comments

comments

ep2p-5small