Cristiano Ronaldo's new bustREAL Madrid mendedahkan patung arca terbaharu pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo di muzium kelab gergasi La Liga itu.


Patung arca tersebut dikatakan amat mirip dengan Ronaldo.

Pada Mac lalu, patung arca Ronaldo yang diabadikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Funchal dikritik netizen kerana kelihatan jauh berbeza dengan wajahnya yang kacak.

Mana satu menjadi pilihan anda?


Namun pengarca Jose Antonio Navarro Arteaga mendapat pujian ramai di atas hasil tangannya itu.

“Saya menggunakan beberapa gambar Ronaldo untuk menghasilkan ukiran patung terbaik.

“Apa yang saya mahu terjemahkan adalah kekuatan dalamannya apabila dia bersedia untuk melakukan sepakan percuma atau sudut,” kata Antonio.


Comments

comments