Ngeri! Lelaki Makan Organ Kekasih, Darahnya Diminum

Seorang lelaki Rusia dituduh melakukan perbuatan kanibal selepas membunuh dan memakan organ tubuh kekasihnya.

Dmitry Luchin (21) dikhabarkan memukul seorang perempuan yang dikatakan kekasihnya Olga B (45), menggunakan sebuah botol minuman anggur.

Olga dipukul pada bahagian kepala hingga 25 kali dan ditikam menggunakan benda tajam pada bagian dada sebanyak empat kali sampai mati.

Selepas kekasihnya itu mati, Dmitry mengaku bahawa dirinya kemudian melakukan sesuatu yang “gila”.

Dmitry mengatakan dia sempat mengerat beberapa bagian tubuh Olga, termasuk telinganya.

Lalu, Dmitry menggunakan sebuah pisau daging untuk membelah tengkorak kekasihnya tersebut dan memakan otaknya.

Bukan hanya itu, Dmitry juga meminum darah Olga.

“Saya suka rasa otaknya. Saya kemudian memutuskan untuk merasainya terus,” ujar Dmitry kepada pasukan penyelidik.

“Lalu, saya menuang darahnya ke dalam sebuah gelas dan mengambil sisa darah yang tumpah di lantai. Saya perlukan minuman untuk makanan saya,” tambahnya.

Enam jam setelah kejadian itu, Dmitry meninggalkan apartemen Olga, dan membawa lari komputer, hair spray, serta wang RM10.50.

Hasil siasatan menunjukkan Luchin merupakan peminat Dahmer atau dikenali sebagai Kanibal Milwaukee yang merogol, membunuh dan memotong anggota badan 17 budak lelaki serta dewasa antara 1978 dan 1991.

ep2p-5small