My Kuali: Agar agar pandan santan

 agar agar pandan santan ni kak rose buat back to back dengan agar agar santan gula melaka jumaat lepas…yang ni untuk makan makan dan yang versi gula melaka tu untuk pot luck mengaji Al-Kahfi pada pagi jumaat tu. memang sedap sangat bila dapat makan sejuk2 dimasa cuaca sangat panas membahang tu kan… puas hati bila buat sendiri, boleh makan berulang2 sampai kenyang terbuntang!
 kak rose kongsikan resepinya dari Yatie ni ya..

Bahan-Bahan:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 200 ml santan kotak+ 50 ml air
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna hijau dan perisa pandan

Caranya:

  1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau
    terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
  5. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

ep2p-5small