Maxis Melancarkan NeXT X1 – Telefon Maxis Dengan Data 6GB, 50 Minit Panggilan Pada Harga RM98 Sebulan – Amanz

Maxis pada awal tahun ini pernah hadir dengan NeXT M1 iaitu telefon pertama daripada mereka bersama penawaran panggilan dan data. Mereka kini telah hadir dengan telefon NeXT, yang kini dikenali sebagai NeXT X1.

Seperti telefon NeXT M1 sebelum ini, ia didatangkan dengan Ultimate Care – iaitu pelan perlindungan waranti tanpa tandingan dengan penukaran unit baru sekiranya peranti mengalami kerosakan selama 24 bulan. Dari segi penawaran, NeXT X1 menawarkan 50 minit panggilan dan data 6GB yang mana boleh ditingkatkan dengan harga RM4/1GB.

Dari segi spesifikasi, ia didatangkan dengan spesifikasi kelas pertengahan seperti kehadiran skrin 5.5-inci 1080p, cip lapan-teras, memori 3GB RAM. Melengkapkan lagi peranti ini ialah kamera 16MP, pengimbas cap jari, dan bateri berkapasiti 3000 mAh.

Dengan pelan seperti ini, Maxis berkata ia memudahkan pengguna mendapatkan telefon dengan pelan data, panggilan, dan waranti yang lama dalam satu pakej peranti mudah. NeXT X1 telah ditawarkan pada harga RM98 sebulan melalui kontrak selama 24 bulan.

ep2p-2