Lazada Online Revolution Kembali – Menawarkan Pakej Pelancongan Dan Promosi Barangan Serendah RM1 – Amanz

Telah menjadi kebiasaan menuju penghujung tahun, terdapat banyak promosi membeli-belah baik menerusi kedai fizikal dan juga kedai atas talian. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Lazada juga bakal mengadakan Online Revolution dari 11 November hingga 12 Disember yang membawakan promosi barangan serendah RM 1.

Dalam berkongsi mengenai promosi ini- CEO Lazada turut menyatakan kini terdapat 90 juta produk yang ditawarkan mereka, berbanding hanya beberapa juta produk yang ditawarkan beberapa tahun dahulu. Tahun lepas sahaja sewaktu Online Revolution, 500,000 barangan telah ditempah malah mereka berjaya menjual 20,000 lampin.

Kini mereka turut menawarkan barangan koleksi dari Taobao, dan menyediakan khidmat Chatbot bagi membantu pengguna dalam melakukan pembelian. Dengan penambahan pelbagai inisiatif dari Lazada, sudah tentu memudahkan pengguna melakukan pembelian sewaktu tempoh sebulan ini.

Bertemakan Shop The Universe, promosi Online Revolution Lazada kali ini turut membawakan barangan ditawarkan secara digital antaranya kupon Lazada, kad hadiah Petronas, dan juga pakej pelancongan. Terdapat juga ‘flash sales’ dimana barangan-barangan berjenama akan ditawarkan serendah RM1 untuk masa tertentu.

Untuk tahun ini, lebih banyak jenama popular akan hadir di Lazada termasuklah Poh Kong, Focus Point, dan makin banyak jenama yang mempunyai kedai fizikal menawarkan produk mereka secara atas-talian.

Malah jenama-jenama besar turut bekerjasama dan memberikan ganjaran untuk pembelian yang dilakukan. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan antaranya termasuklah pakej percutian Club Med, iPhone X, dan juga kereta Perodua Bezza.

Layari: Lazada Online Revolution 2017

ep2p-5small