Kesal Suami Selingkuh, Wanita Roboh Rumah Mewah Hasil Kerja Di Luar Negara

Berita mengenai kecurangan suami kembali panas di media sosial apabila seorang wanita yang bekerja keras sebagai tenaga kerja asing di luar negara, mendapati suaminya telah berselingkuh dengan kekasihnya.

Wanita itu berasal dari Jawa Timur dan telah bekerja di Taiwan. Selepas penat membanting tulang di tempat orang, wanita itu pun kembali semula ke negaranya.

Namun dia dikejutkan dengan kecurangan suaminya dan lebih teruk rumah yang dibina hasil kerja keras wanita itu, kini menjadi rebutan antara dia dengan suaminya.

Lebih menyulitkan apabila rumah mewah itu dibina di atas tanah milik mertuanya. Kesal dengan kecurangan suaminya, wanita itu telah merobohkan rumah mereka sebagai tanda marah dan dendam dengan suaminya.

Ia juga kerana suaminya enggan mengosongkan rumah terbabit dan apabila diminta membayar ganti rugi, lelaki itu tidak memiliki wang.

Dia memuatnaik gambar itu dalam Facebook Mimin AremaAnita Formosa. Ternyata tindakan wanita itu mendapat sokongan kebanyakan kaum hawa yang memuji langkah yang diambilnya.

Menurut mereka, wang boleh dicari lagi tetapi suami yang curang harus dibuang.

ep2p-2