Image result for allan harris harimau malaya

Alan Harris diapit Gary Lineker dan Mark Hughes ketika di Barcelona Julai 1986

BEKAS jurulatih skuad bola sepak Malaysia pada 2000 hingga 2004, Allan Harris meninggal dunia pada usia 74 tahun.


Berita pemergian Harris diumumkan Queens Park Rangers (QPR) menerusi laman Twitternya malam Jumaat.

Bagaimanapun punca kematian Harris yang juga bekas pemain pertahanan QPR dan Chelsea tidak didedahkan.

Image result for allan harris harimau malaya

“QPR bersedih dengan berita kematian bekas pemain pertahanan QPR dan pembantu pengurus Allan Harris. Semoga rohnya tenang di sana,” demikian menurut kenyataan dalam Twitter @QPRFC.

Chelsea menerusi laman webnya turut mengucapkan takziah di atas pemergian Harris.


Pasukan Di bawah kendalian Allan Harris

“Kelab bola sepak Chelsea turut bersedih di atas pemergian Allan Harris, bekas pemain pertahanan kami yang pernah melakukan mewakili pasukan pada 1960. Dia berusia 74 tahun,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Harris yang menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis pernah membantu skuad Malaysia meraih pingat perak pada kejohanan Sukan SEA 2001.

Akmal Rizal, Juzaili Sameon, Rudie Ramli, Shukor Adan, Hairuddin Omar dan Nizarudin Yusof antara pemain regular yang pernah bermain di bawah kendalian Alan Harris.


Comments

comments