PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda sekadar bergurau ketika mengungkapkan kata-kata bahawa skuad kebangsaan Malaysia ‘bukan pasukan negaranya’.

Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang. Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ni kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip.



Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan.

Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat.

Baginda menegaskan perkara itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers semalam bagi mengulas laporan Kosmo! bahawa Tunku Mahkota Johor itu mengguris hati peminat bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail pada sesi soal jawab bersama wakil-wakil media di JDT Cafe, Johor Bahru pada Rabu lalu bertitah: “Pasukan negara (Harimau Malaya) anda semua, not my negara. I’m from Johor, you know.”


Comments

comments