Shopee Mall Dilancarkan – Membawakan Lebih Dari 30 Jenama Terkemuka – Amanz

Shopee merupakan salah satu laman jual beli atas talian yang memfokuskan kepada pengguna mudah alih, dan menawarkan bermacam barangan dari pelbagai penjual. Pada hari ini, mereka telah mengumumkan Shopee Mall, iaitu gedung khusus terus dari jenama besar.

Jika sebelum ini Shopee menyenaraikan banyak penjual industri kecil sederhana, melalui Shopee Mall jenama besar akan turut menampilkan produk mereka dengan beberapa jaminan. Mereka menjamin keaslian produk, dan sekiranya produk tersebut tidak asli, pulangan wang dua kali ganda akan diberikan. Polisi pemulangan bagi barang yang dibeli menerusi Shopee Mall adalah 15 hari, dan penghantaran percuma untuk barangan melebihi RM 30.

Antara jenama besar yang hadir pada Shopee Mall adalah Senheng, Watsons, Digi, Huawei, L’Oreal, Nestle, Petronas dan bermacam lagi. Sekiranya anda sedang mencari sesuatu produk, hanya lihat pada label merah bertulis ‘Mall’ yang menandakan ia produk rasmi dari jenama tersebut.

Bermula hari ini sehingga 8 Oktober 2017, Shopee mengadakan promosi khusus untuk Shopee Mall, dimana pengguna boleh membeli barangan dari gedung khas tersebut pada kadar diskaun sehingga 90%, selain menyertai cabutan bertuah dan baucar pembelian.

Beli di: Gedung Membeli-belah Shopee Mall

ep2p-5small