Samsung Melancarkan Dua Sensor ISOCELL Untuk Kegunaan Peranti Nipis – Amanz

Peranti pintar kini harus lebih nipis berbanding versi terdahulu kerana ia adalah sesuatu yang diperlukan pengguna. Tetapi anda mungkin sedari dalam kegilaan menghasilkan peranti ternipis, wujud masalah baru dalam bentuk bonjolan kamera pada bahagian belakang peranti. Ini mengakibatkan peranti tidak boleh lagi diletakkan rata di atas permukaan meja.

Untuk mengatasi masalah ini, Samsung melancarkan dua sensor terbaru keluarga ISOCELL yang direka untuk peranti nipis dan kegunaan peranti berhubung. Pertama sekali ialah ISOCELL Fast 2L9 ialah sensor 12-Megapxiel yang mementingkan kepantasan. Ia dilengkapi sistem Dual-Pixel bagi memberikan kemampuan memfokus yang pantas. Sensor ini mempunyai saiz pixel 1.28μm yang lebih kecil berbanding  1.4μm yang digunakan pada Galaxy S8. Menurut Samsung lagi  Fast 2L9  boleh mengambil gambar bokeh dengan menggunakan satu kamera sahaja.

ISOCELL Slim 2X7 pula ialah sensor 24-Megapxiel yang direka untuk peranti nipis. Ia dilengkapi sistem Tetracell bagi memberikan kemampuan mengambil gambar yang baik walaupun di dalam keadaan gelap. Sensor ini mempunyai saiz pixel 0.9μm.

ep2p-5small