Populariti Blog Chedet Didakwa Telah Jatuh

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 17 Oktober 2017

Selaras dengan kehadiran 95% di bawah sasaran kehadiran perhimpunan pada hari Sabtu dan laporan baru-baru ini bahawa populariti Pakatan di media sosial telah merosot, bilangan pembaca blog Chedet juga telah jatuh secara ketara.

Populariti blog “Chedet” Mahathir telah jatuh dengan ketara sejak tahun 2015 apabila beliau pertama kali mula menggunakan blognya untuk menyerang PM Najib.

Pada bulan Julai 2015, blognya berada di tangga ke-63,802 untuk blog yang paling banyak dikunjungi di seluruh dunia dan di tangga ke-403 di Malaysia – menurut perkhidmatan kedudukan laman web Alexa yang dimiliki Amazon.

Pemeriksaan hari ini (17 Oktober 2017) memperlihatkan blog itu jatuh dengan ketara sekali sebanyak 200,000 tempat kepada tangga ke-286,420 di seluruh dunia dan tangga ke-2,743 di Malaysia (turun lebih daripada 2,300 tempat).

Ini adalah walaupun Chedet menulis lebih banyak catatan berbanding sebelum ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Catatan beliau baru-baru ini yang semakin terdesak dan memalukan yang dilahirkan daripada “dendam” dan juga dengan keputusannya untuk bersahabat dengan DAP nampaknya menyebabkan penyokongnya tidak menyukainya dan menjadikan peminat berubah menjadi “bukan peminat”.

Legasi dan reputasi Mahathir mungkin tidak lagi dapat bertahan dengan siri terbaru pusingan U oleh Mahathir.

Mahathir kini memimpin Pakatan ke lembah kegagalan dan bukannya menaikkan lagi pembangkang.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

ep2p-5small