My Kuali: Makan2 di Lanai Kijang

Kisah hari sabtu sekembalinya dari kampung, tumpang kereta adik, tapi di tengah perjalanan anak adik called, dan dia pun kenalah attend anak bongsu diasrama tu punya request… jadi dia hantar kak rose ke stesen ketapi paling hampir dengan sekolah anak..ie di stesen tampin ni lah. pertama kali sampai sini dan  menyambung naik train komuter dari tampin hingga lah ke KL. since akan turun di stesen bnm, terus en asben yang jemput tu ajak g makan2 di lanai ni… kak rose yang memang perut dah keroncong ni setuju jer lah… kalau pasal mentertank lemak memang laju jer la kan…

 

 soursop juice yang pekat kaw kaw dan ice latte

 mushroom soup, sedap hingga menjilat sudu katanya!

 lamb shank pilihan si anak bujang mama

 nasi goreng ayam dara… dara lah sangat kan!

 fish n chips yang crispy di luar dan sangat juicy didalam… puas makan!

the dessert, embun menitik – sagu gula melaka come with vanilla ice-cream topping yang a bit too sweet for me…

ep2p-5small