Malaysia Bertemu Korea Utara Di Venue Berkecuali

Image result for malaysia korea utaraKUALA LUMPUR – Malaysia akan beraksi di perlawanan kelayakan Kumpulan B Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di venue berkecuali November ini, menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Setiausaha Agung AFC, Datuk Paul Windsor John berkata mereka berasa lega apabila kedua-dua anggota persatuan itu bersetuju dengan keputusan berkenaan selepas melakukan perbincangan.


“Bermain di dalam permainan dengan cara ini, dan dalam aturan ini, membantu kami mempertahankan prinsip kesukanan Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, peraturan perlawanan dikekalkan sebagaimana diumumkan sebelum ini untuk mempertahankan integriti kesukanan pertandingan.

“Demi kepentingan keadilan pertandingan, diputuskan bahawa kedua-dua perlawanan antara kedua-dua negara akan berlangsung di venue berkecuali yang sama.

“Dengan perlawanan di “tempat sendiri” untuk Korea Utara akan berlangsung pada 10 November ini dan perlawanan “tempat sendiri” bagi Malaysia pada 13 November ini,” kata kenyataan itu.

Perlawanan itu pada mulanya dijadualkan pada 28 Mac lepas di Pyongyang dan ia ditangguhkan ke 8 Jun berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara Korea Utara dengan Malaysia.

Ia ekoran kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Februari tahun ini.



Perlawanan itu sekali lagi ditangguhkan kepada 5 Oktober, hanya lima hari sebelum satu perlawanan menentang Hong Kong pada 10 Oktober.

Malaysia membuka kempen kelayakan AFC 2019 dengan kekalahan 1-2 kepada Lubnan pada 13 Jun di Stadium Larkin, sebelum mengikat Hong Kong dengan seri 1-1 di Stadium Hang Jebat pada 5 Septembr lepas.

Kemudian tewas 0-2 kepada Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Oktober lalu. Pasukan negara kini berada di tangga terbawah Kumpulan B dengan satu mata, sementara Lubnan di tangga teratas dengan 10 mata.

Ini diikuti Korea Utara dan Hong Kong. Berbaki tiga perlawanan, Malaysia perlu menamatkan kempennya sebagai pasukan kedua teratas dalam Kumpulan B untuk layak ke Piala Asia 2019.

Kejohanan tersebut bakal berlangsung di Emiriah Arab Bersatu dari 5 Januari hingga 1 Februari, 2019. – BERNAMA


Comments

comments

ep2p-2