Hukuman penjara 10 tahun bapa pelakon kekal

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun ke atas bapa seorang pelakon wanita berhubung kes berkaitan penggunaan dokumen palsu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membuat keputusan berkenaan selepas menolak rayuan dikemukakan ahli perniagaan terbabit, Datuk Zainulabidin Mat Akhir, 66.


Pada 25 November 2015, bapa pelakon Ummi Nazeera itu dihukum penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya.

Dalam penghakimannya, Mohamad Shariff berkata, tiada sebarang kekhilafan oleh hakim Mahkamah Sesyen ketika membuat keputusan berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, Mahkamah Tinggi tidak mahu mengganggu keputusan yang sudah dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen.

“Mahkamah memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini (semalam), manakala rayuan untuk penangguhan ditolak,” katanya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad, manakala perayu diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.


Related image

Umi Nazeera dan Ibunya

Zainulabidin disabitkan bersalah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen untuk memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd daripada Datuk Seri Maziah Musa, 53, selaku pemberi pindah milik kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik Ahmad Fikhri dan seorang lagi anak, Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat BTIS Manufacturer Sdn Bhd.

Semua kesalahan itu dilakukan di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul, di sini, antara Disember 2006 dan Mei 2009.

Ahli perniagaan itu disabitkan bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda bagi setiap pertuduhan.


Comments

comments

ep2p-5small