Acha Dikecam Peminat Selepas 5 Hari Berpantang

Umum mengetahui bintang My Heart, Acha Septriasa baru sahaja melahirkan bayi sulung pada 20 September yang lalu.

Namun, dia telah dikecam peminat kerana telah memuat naik foto bersama suami, Vicky Kharisma dan anak yang berada di dalam kereta bayi sedang bersiar-siar.

“Going for a walk in our new neighbourhood mau groceries shopping with Bridgia,” tulisnya di kapsyen.

Acha memberitahu di dalam kapsyennya mereka hanya keluar berjalan sekitar kejiranan di Sydney, Australia untuk membeli barang dapur.
Perkongsian pelantun lagu Berdua Lebih Baik itu telah menerima lebih daripada 124,000 likes.Rata-rata berkata Acha tidak peka dan menjaga kesihatan diri dan anaknya secara sambil lewa.

Foto itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pengikut instagram yang merasakan Acha sepatutnya berehat di rumah kerana masih berpantang di hari yang kelima.

Malah, ada yang menasihati Acha supaya menjaga kesihatan dan tidak berjalan terlalu kerap. Lebih -lebih lagi cuaca di sana yang sejuk.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata tidak elok membawa bayi keluar ketika dalam hari kerana antibodinya tidak kuat dan mudah terkena penyakit.

Bagaimanapun, Acha tampil memberikan respon terhadap komen-komen tersebut. Acha menjelaskan dia terpaksa melakukan segalanya sendiri kerana tiada pembantu di sana.

“Ya..soalnya, kami tiada pembantu disini. Jadi harus membantu membeli belah bersama suami,” tulisnya.

ep2p-2