Image result for fifa world cup 2030 argentina uruguayBUENOS AIRES 5 Okt. – Argentina, Uruguay dan Paraguay bersetuju bergabung untuk menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2030 yang ketika itu bakal menyambut ulangtahun ke-100 penganjurannya.


Ini disahkan ketiga-tiga presiden negara itu hari ini dengan paling istimewa sudah pasti Uruguay yang pernah menganjurkan Piala Dunia pertama pada 1930 dan kini kembali semula ke negara itu genap seabad lamanya.

Sebagai rekod, Rusia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 diikuti Qatar pada 2022 manakala gabungan Amerika Syarikat-Mexico-Kanada akan bersaing dengan Maghribi untuk menganjurkannya pada 2026 yang akan menggunakan format 48 pasukan buat kali pertama berbanding 32 sekarang. – AFP


Comments

comments