100,000 Banjiri Hari Sukan Negara Di Pulau Pinang

PULAU PINANG – Lebih 100,000 rakyat negeri ini menghadiri sambutan Hari Sukan Negara peringkat Pulau Pinang hari ini.

Kira-kira 8,000 peserta menghadiri majlis perasmiannya di Kompleks Belia dan Sukan di sini yang disempurnakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Pada majlis itu juga turut menyaksikan lebih 5,000 peserta menyertai larian Herritage Fun Run dengan mengenakan pelbagai kostum seperti kain batik, baju melayu dan kain pelikat.

Hari Sukan Negara yang dianjurkan kali ketiga itu lebih meriah apabila turut dihadiri lima pemenang pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berasal dari negeri ini.

Mereka adalah empat atlet sukan karate, Emmanuel Leong; Heo Thompson; Lim Chee Wei; Celine Lee Xin Yi dan seorang atlet terjun, Ooi Tze Liang.

Dalam masa sama, lebih 92,000 peserta lain menyertai lebih 191 program termasuk 18 acara sukan di daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. – UTUSAN

ep2p-5small