Video : Kucing Tidak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuan

Pilu hati apabila melihat kucing tidak mahu berganjak dari kubur tuannya.

Segelintirnya pasti akan mengalir air mata apabila melihat sebuah rakaman video yang merakamkan aksi seekor kucing yang tidak mahu berganjak dari kubur seorang pencinta kucing sewaktu masih hidup.

Berita ini dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Facebook bernama Zarould Zh Hisham, mengenai berita pemergian datuknya dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kelibang, Pulau Langkawi.

Menerusi perkongsiannya itu, dia memberitahu ada kejadian yang aneh di mana ada seekor kucing berwarna putih telah muncul dan mengelilingi kubur arwah datuknya.

“Assalamualaikum tok wan Saya (Ismail Bin Mat)Telah Di selamat Di Kebumikn di tanah Pekuburan Masjid Kelibang(Pulau Langkawi)..Ada Kejadian berlaku semasa Kami Membaca taqil,Seekor kucing Brwarna Putih Muncul mengelingi Kubur Arwah Tok wan Saya..Sunguh Besar Kekuasaan Mu Ya Allah..Semasa Arwah tokwan Saya Di dunia..dia seorang yang cinta kepada Kucing..Saya Harap Tokwan Di Tempatkn Orang yangBeriman ..Al fatihah..Cucu Mu Sentiasa Mendoakn Utk Mu,(Zarul Hisham) saya sayang tokwan,” tulisnya, petik MH.

Menerusi rakaman video itu, itu bagaimana kucing itu berdegil tidak mahu berganjak dari kubur tersebut walaupun banyak kali cuba dialihkan oleh orang ramai yang berada di situ.

ep2p-5small