Uber Kemas Kini Dengan Sebuah Ciri Baru Untuk Pengguna

APLIKASI ride-sharing Uber kini baru sahaja dikemas kini dengan sebuah ciri baru di mana penggunanya boleh menambah hentian tambahan untuk apa sahaja perjalanan.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menambah sehingga tiga hentian tambahan, dan ini boleh dilakukan sebelum ataupun ketika anda sudah pun berada di dalam perjalanan, dan hentian-hentian ini akan diperlihatkan pada aplikasi pemandu Uber juga.

Ciri ini cukup berguna jika anda mahu mengambil ataupun menghantar rakan-rakan pulang ke lokasi yang diingini mereka tanpa perlu memanggil kenderaan Uber yang lain.

ep2p-5small