Sony Xperia XA1 Plus Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Oktober Ini Pada Harga RM 1499 – Amanz

Selain Sony Xperia XZ1, peranti Sony Xperia XA1 Plus turut dilancarkan di Malaysia. Peranti ini dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci, dan hadir dengan sokongan kamera 23-megapixel. Peranti ini walaubagaimanapun hanya akan mula dijual pada Oktober hadapan pada harga RM1499 sebuah.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5.5-inci pada resolusi HD penuh, dilengkapi cip MediaTek Helio P20, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB UFS.

Ia menggunakan kamera belakang 23-megapixel, dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Sony melengkapkan ia dengan bateri berkapasiti 3430mAh. Berbeza dengan Xperia XZ1, telefon pintar Xperia XA1 Plus ini masih kekal dengan Android Nougat ketika ia dilancarkan.

Sedang dikemaskini.

ep2p-5small