Pusat Ittifaqiyah Masih Dibanjiri Kehadiran Orang Ramai

KUALA LUMPUR – Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hari ini dibanjiri kehadiran orang ramai yang bersimpati dengan musibah yang melanda institusi pengajian tahfiz berkenaan.

Tinjauan wartawan Utusan Malaysia mendapati orang ramai mula datang ke Jalan Keramat Hujung di sini sejak awal pagi dan setakat pukul 12.30 malam masyarakat dilihat semakin ramai serta tidak putus meninjau keadaan sekitar pusat tahfiz itu.

Lebih menarik lagi mereka yang hadir terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

Bila ditanya tujuan mereka hadir ke lokasi, kebanyakan menjawab mereka bersimpati dan sedih dengan insiden yang berlaku.

Selain itu, orang ramai turut memberi sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian kepada wakil pentadbiran pusat tahfiz berkenaan. – UTUSAN

ep2p-5small