Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja 2018-2019

Panduan Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Malaysia 2018-2019

Maktab Tentera Diraja Malaysia(MTD) menjemput pelajar-pelajar tingkatan 3 yang mempunyai kelulusan pentaksiran tingkatan 3 (PT3) untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Malaysia bagi sesi 2018-2019.

Permohonan adalah terbuka  kepada pelajar tingkatan 3 yang menduduki PT3 pda tahun 2017 dan boleh memohon secara online melalui lawan sesawang Rasmi Maktab Tentera Diraja Malaysia(MTD) .

Permohonan secara talian (online) kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Malaysia 2018-2019

Disini kami hiburan.my akan memberi ringkasan dan maklumat lengkap kepada ibu bapa yang ingin memohon untuk anak mereka untuk memasuki Maktab Tentera Diraja Malaysia.

Tarikh permohonan

Permohonan dibuka Permohonan ditutup
10 Ogos 2017 20 September 2017

 

1.Syarat permohonan:

Syarat kemasukan
Tawaran terbuka kepada warganegara Malaysia Lelaki sahaja yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2018 serta memenuhi kelayakan dan syarat-syarat seperti berikut:

A.kelayakan Akademik:

  • Mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2017

B.Syarat Fizikal dan Kesihatan

  • Tinggi: Minimum 152 sm
  • Berat: minimum 40.5kg
  • BMI: 18-27
  • Ukuran Dada: Minimum 74 sm(biasa) 79 sm(tarik nafas)
  • Kesihatan:Sihat tubuh badan
  • Penglihatan:Tidak rabun warna dan jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi jarak 6/12

2.Kelayakan memohon

Pengambilan ke kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Malaysia 2018-2019 adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan PT3 Tahun 2017.

Calon-calon yang mendapat keputusan 5A layak memohon bagi menghadiri ujian Pemilihan dan Temuduga awalKeutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum

3.Panggilan Menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal:

Senarai calon yang layak dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan menerusi laman Facebook Rasmi MTD (Maktab Tentera Diraja) dan laman web rasmi MTD iaitu seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan.

Disini kami sediakan pautan link ke:

Laman Web Rasmi Rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)

Akaun Facebook Rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)

Tambang / kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon. Manakala keperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD

4.Tawaran kemasukan:

Calon-calon yang lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal DIKIRA BERJAYA apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam Peperiksaan (sebenar) PT3 tahun 2017 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD.
Surat tawaran kemasukan (Berjaya / Gagal) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan menerusi Facebook dan laman web rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)
Keputusan berjaya atau gagal dijangka boleh diketahui pada penghujung bulan Disember 2017

 

5.Pembiayaan Pengajian

  • Kos pengajian di Maktab sepanjang sesi 2018-2019 yang meliputi penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alat tulis akan diberikan secara PERCUMA di bawah pembiayaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Walau bagaimanapun, Putera MTD dikehendak membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan.

6.Elaun Putera

Putera MTD akan dibayar elaun bulanan sebanyak  RM100 sepanjang tempoh pengajian.

Cara membuat Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Malaysia 2018-2019 secara Online

Permohonan boleh dibuat bermulanya tarikh permohonan dibuka dengan mengisi borang dan melengkapkan permohonan ke kemasukan MTD secara dalam talian melalui Laman web Rasmi Maktab Tentera Diraja Malaysia melalui pautan berikut  :

Sistem aplikasi Borang Permohonan Kemasukan ke MTD

 

Iklan Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Malaysia 2018-2019 boleh dilihat melalui pautan berikut:Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Malaysia 2018-2019

Kami disini mengucapkan selamat berjaya kepada pemohon yang ingin memasuki Maktab tenteera Diraja dan berkelayakan serta mempunyai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.

Semoga ibu bapa atau pemohon dapat SHARE artikel ini dengan menggunakan  tombol dibawah untuk pengetahuan kepada ibu bapa dan pemohon lain.

Komen anda?

Komen

ep2p-2