Image result for ronaldo and pelePele mengucapkan tahniah kepada Cristiano Ronaldo selepas penyerang Portugal itu memintas rekod jaringannya di pentas antarabangsa.

Ronaldo meledak hatrik, termasuk jaringan dengan sepakan gunting ketika membantu pasukannya meraih kemenangan 5-1 ke atas Faroe Islands, semalam.

Tiga gol yang dijaringkan oleh Ronaldo menyaksikan dia merekodkan 78 gol untuk juara Euro 2016 itu, melepasi rekod yang telah dicipta oleh Pele.



“Tahniah diucapkan kepada Ronaldo untuk menyertai dalam kalangan lima penyerang elit yang menjaringkan gol di pentas antarabangsa,” kata Pele melalui laman Twitter.

Ronaldo kini setara dengan Hussein Saeed dari Iraq dan hanya ketinggalan dua gol di belakang pemain Jepun, Kunishige Kamamoto, sementara Ferenc Puskas telah menjaringkan 84 gol untuk Poland.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman masih lagi penyerang Iran, Ali Daei, yang meledak 109 gol dalam 149 penampilan.

Comments

comments