Panduan semakan keputusan SPMU 2017 online dan SMS

Panduan semakan keputusan SPMU 2017 online dan SMS.Kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 secara ulangan pada bulan Jun 2017,disini kami ingin berkongsi hebahan bahawa anda boleh membuat semakan keputusan SPMU 2017 secara online dan SMS pada 24 Ogos  2017.Untuk secara ringkasan keputusan,anda boleh menyemak secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).Link pada pautan untuk membuat semakan akan aktif apabila dibuka pada 24 Ogos ini.

Panduan semakan keputusan SPMU 2017 online dan SMS

Disini kami di hiburan.my berkongsi maklumat penting berkenaan panduan dan tarikh semakan keputusan SPMU 2017 melalui online dan SMS :

Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 
Tarikh Pengumuman Keputusan Dan Info Semakan

Semakan Dibuka Semakan Ditutup
24 Ogos 2017
Bermula jam 10 pagi
30 Ogos 2017
Jam 6 petang
Tarikh pengumuman keputusan SPM Ulangan 2017 yang dinyatakan adalah rasmi

Semakan Secara Online

Sistem Aplikasi Semakan Keputusan SPMU Secara Online Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan
Sistem aplikasi bagi tujuan semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan diumumkan

Panduan / Cara Membuat Semakan

  • Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia
  • Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan
  • Slip keputusan penuh boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk peperiksaan berkenaan atau dimaklumkan mengenai keputusan masing-masing melalui pos

 

Semakan Keputusan SPMU 2017 Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Adalah dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut
  • Taipkan: SPMU (jarak) Nombor Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran dan hantarkan ke 15888
Contoh: SPMU 960101114001 WKKC049A204

Panduan semakan keputusan SPMU 2017 online dan SMS

Cara Mendapatkan Slip  Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2017

  • Calon akan dimaklumkan mengenai keputusan masing-masing melalui pos selain boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk peperiksaan berkenaan

 

Kami di hiburan.my ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang dalam keputusan SPM secara ulangan 2017.Jom kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Komen anda?

Komen

ep2p-5small