My Kuali: Mee udang lagi…

 Bila dah sekali rasa memang nak lagi dan lagi dan lagi… cam tu lah dengan resepi mee udang ni. berkali kali dah kak rose buat dengan resepi ni. dah pernah cuba buat mee udang dengan resepi yang lain tapi tak dapat memenuhi citarasa anak tekak ni.. ya lah memasing punya citarasa kan. kadang tu pada kita dah sangat ummphhh tapi tidak buat yang lain… so, ikutlah citarasa memasing… resepi asal dari Ros jintanmanis yang nun jauh berada dinegara matahari terbit tu…. mekasih ya Ros kongsikan resepi yang sangat kena dengan tekak kak rose ni. kali ni kak rose tak guna spaghetti tapi mee kuning tu. tapi kak rose lebih prefer dengan spaghetti to go with this mee udang’s gravy  yang sedap ni.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna mee kuning)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan (kak rose gantikan dengan fish kek, itu jer yg ada stok!)
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (kak rose gantikan dengan daun sawi)
 2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya
bawang goreng

Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan
minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi,
pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili
tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2.
sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk
dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan
rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikiut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah… kira malas la dah tu!)

3.
Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah
mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan
garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat,
agak-agak je.

4. Celurkan mee kuning dengan air panas, sekejap jer dan toskan.

5. Celur daun sawi dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan,
letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan
kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur
sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki
minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi
warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

ep2p-2