Jenis muntah pada bayi apa yang membezakan normal dan abnormal?

Jenis muntah pada bayi,setiap bayi pasti akan mengalami kemuntahan. Sesetengah mengalaminya  sesekali dan ada yang muntah setiap kali mereka mengambil makanan. Muntah pada bayi bukan sesuatu yang perlu ibu bapa bimbangi, namun begitu tidak salah untuk berjaga-jaga jika muntah itu kerap berlaku

Muntah pada bayi boleh dikategorikan  sebagai reaksi biasa, tetapi ia juga boleh menunjukakan bahawa bayi anda mungkin mengalami tanda kesihatan yang tidak baik

Jenis muntah pada bayi apa yang membezakan normal dan abnormal

Jenis muntah pada bayi: Normal

  • Adalah perkara biasa bagi bayi untuk muntah, terutamanya apabila mereka masih berusia beberapa minggu. Pada usia itu, bayi cuba menyesuaikan diri dengan makanan. Jenis muntah ini sering dipanggil meludah.
  • Biasanya bayi akan meludah selepas minum susu. Proses minum susu bayi adalah selepas bayi meminum susu tersebut  lalu susu akan melalui mulut ke mulut, ke dalam esofagus, dan seterusnya ke perut. Di antara esofagus dan perut ada cincin otot. Cincin ini menjadi pintu masuk ke perut. Apabila susu memasuki perut, cincin akan ditutup.
  • Tetapi jika cincin itu tidak ditutup sepenuhnya, susu boleh kembali ke kerongkong, maka bayi akan meludah. Dalam perubatan ia dipanggil Reflux .
  • Pada usia beberapa minggu, bayi mudah terdedah kepada reflux kerana saiz perut masih kecil. Pada usia ini juga cincin otot tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Lazimnya, cincin akan berkembang dengan kuat apabila bayi berumur 4-5 bulan. Pada masa ini dia mungkin berhenti meludah.

 

Jenis muntah pada bayi: Abnormal

Muntah pada bayi yang tidak normal mungkin berkaitan dengan keadaan kesihatan kanak-kanak. Berikut adalah beberapa sebab:

  • Keracunan makanan.
  • Jangkitan virus atau bakteria.
  • Jangkitan saluran pernafasan.
  • Jangkitan telinga.
  • Pneumonia.
  • Apendiks.
  • Stenosis pyloric (cincin otot antara perut dan usus terlalu tebal untuk ditutup dan makanan tidak boleh masuk).
  • Meningitis.

Tanda-tanda bahawa bayi anda mengalami muntah yang tidak normal, antara lain:

  • Muntah bayi anda berwarna hijau. Keadaan ini boleh menjadi tanda bayi anda mengalami gangguan di dalam ususnya.
  • Muntah dan juga  bengkak pada perut
  • Muntah lebih daripada sekali selepas kecederaan. Ini mungkin tanda “Shaken baby syndrome“.

Ada darah pada muntahnya. Jika hanya sedikit, anda tidak perlu risau kerana perkara biasa berlaku. Tetapi jika terdapat banyak atau darah berterusan, bawa ke doktor.Muntah disertai dengan kekuningan pada kulit dan mata bayi. Keadaan ini boleh menjadi tanda bahawa bayi anda mengalami jaundice atau penyakit kuning.

 

Bagaimana cara mengatasi dan mengawal bayi yang muntah

Untuk mengatasi muntah yang biasa, anda tidak perlu bawa ke doktor atau memberi ubat khas. Hanya beri dia air  untuk mengelakkan dehidrasi.

Dua panduan  di bawah boleh  mengurangkan keadaan muntah pada bayi selepas minum susu:

  • Selepas bayi minum susu,jangan segera meletakkan bayi di atas katil . Lebih baik anda memegang bayi anda dalam posisi menegak. Pegang bayi anda selama setengah jam supaya susu yang diminum bayi tersebut dapat masuk ke dalam perut dengan sempurna
  • Setiap kali memberi makan atau minum susu kepada bayi anda, anda perlu lah menyendawakan bayi anda supaya makanan atau susu diambil masuk ke dalam perut dengan sempurna.

Semoga ibu bapa dapat SHARE artikel ini dengan menggunakan tombol di bawah supaya dapat berkongsi  pengetahuan ini kepada ibubapa yang lain.

 

 

Komen anda?

Komen

Source Reflux Shaken Baby sindrome

ep2p-5small