Hujan Dan Ribut Petir Dijangka Berlaku Di Kebanyakan Negeri Hari Ini

KUALA LUMPUR — Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan negeri terutama pada waktu petang, hari ini menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jurucakapnya berkata ia dijangka berlaku termasuk di sekitar perairan Sabah dan Sarawak.

Hujan yang bermula sejak awal pagi ini melanda beberapa kawasan terutama pantai di Kedah dan Pulau Pinang manakala keadaan mendung di beberapa negeri lain.

“Pada sebelah petang pula, hujan diramalkan turun di kebanyakan negeri termasuk Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak,? katanya ketika dihubungi Bernama.

Beberapa tempat di Pahang dan Perak dijangka hujan pada sebelah malam.

— BERNAMA

ep2p-2