COTODAMA Lyric Speaker – Pembesar Suara Dengan Skin LCD Lutsinar Memaparkan Lirik Lagu – Amanz

Mendengar muzik lebih seronok sekiranya kita mengetahui lirik lagu yang dimainkan. Kegemaran kami di pejabat suatu ketika dahulu ialah sisi karaoke sambil mendengar Spotify. Malangnya sokongan lirik ini telah dihentikan sejak 2015. Bagi yang ingin mendengar lagu dengan lirik, anda mungkin boleh mempertimbangkan COTODAMA Lyric Speaker.

Pembesar suara ini mempunyai skrin IPS LCD lutsinar pada bahagian tubuhnya. Apabila muzik dimainkan, ia secara automatik memaparkan lirik yang beranimasi mengikut genre dan mood lagi. Sistem lirik SyncPower Corporation digunakan bagi memaparkan lirik yang tepat. Pangkalan data mereka mempunyai lebih 2 Juta lirik. Pembesar suara ini akan memaparkan lirik dengan pelbagai muka taip dan gaya bergantung kepada genre yang dimainkan. Sekiranya muzik instrumental dimainkan, grafik pula akan dipaparkan.

Pada Android, pembesar suara ini menyokong aplikasi Spotify. Pada iOS ia menyokong Apple Music, Deezer, Google Play, SoundCloud dan Youtube. Pembesar suara ini dijual pada harga $4500 (~RM 18927) sebuah.

ep2p-5small