Bila mak mak nak bergader2

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu… untuk kawan2 yang berkerja, hari minggu pastinya diperuntukkan untuk melayan keluarga dan juga kawan2… kak rose pun ade permintaan dari kawan2 yang nak buat gader2 dan makan makan lah yang pastinya… dan ni kisah hujung minggu lepas… bila mak mak nak bergader2… dan laksa johor yang sangat dinantikan kawan2 semua… kak rose ni bukan lah rajin sangat nak buatnya, tapi nak memenuhi permintaan kawan2, dengan happynya dapat sediakan laksa johor ni.. dan tukang masak akan sangat happy bila kawan kawan yang datang makan dengan seleranya… Alhamdulillah…ada baki boleh tapau boleh bekal bawak balik…

 kak rose cuma sediakan laksa johor dan juga agar2 bodo2 yang terlupa langsung nak amik gambo. dan kawan2 yang datang bawak macam kuih pun kak rose tak sempat nak snap… ade donut, sagu gula melaka jugak kuih badak berendam dan kuih talam berlauk yang sedapppp… mekasih semua.

 laksa johor kak rose yang tak de daun kesum sebagai dayang pengiringnya… tapi kak rose lebih suka kalau daun kesum tu terus masuk sekali dalam kuah tu… lagi umphhh lah pada tekak kak rose ni… tapi lain orang lain citarasa kan… so terpulanglah pada tekak memasing..

dayang pengiring yang paling kurang rajin nak sediakan… buang ekor taugeh dan juga nak potong timun yang bulat2 tu… sangat memakan masa buat orang amatur macam kak rose yang tak pandai2 ni. hishhhhh!

ep2p-5small